rss
email
twitter
facebook

Tuesday, April 6, 2010

Muqaddimah



ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."

Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kekhilafan yang berlaku sering dijadikan polemik di dalam masyarakat umum semata-mata untuk menegakkan hujjah masing-masing. Kita mengakui bahawa sesungguhnya kekhilafan yang berlaku itu hampir tidak mampu dihalang. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghala ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup untuk meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method (cara), jurang usia, perbezaan uruf (suasana), perbezaan kefahaman dan maslahah (kepentingan) dari kalangan ilmuan untuk menterjemahkan ilmu ke dalam masyarakat turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf ini. Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

Islam adalah satu agama yang syumul, yang terkandung di dalamnya undang-undang yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai yang telah dibuktikan oleh sejarah pemerintahan Islam itu sendiri. Sebenarnya selama ini kerukunan hidup yang tertonjol dalam masyarakat ini banyak ditandai dengan adanya sikap menghargai keramahan umat Islam di samping wujudnya rasa hormat terhadap kedudukan sesorang tokoh sekaligus kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan, ketamadunan dan kedudukan agama Islam itu sendiri. Hal ini jelas sepertimana hadis Nabi Sollallahu A’laihi Wasallam yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

Bagaimanapun akhir-akhir ini terjadi ketegangan di sekitar isu khilafiah (yakni furu’ semata-mata) apabila sesebuah pihak terlampau taksub kepada sesuatu pendapat semata-mata sehingga bertindak menjatuhkan dan meremehkan pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka, bahkan lebih teruk lagi apabila mereka sanggup menghukum pendapat yang bertentangan itu “sesat” dan jauh menyimpang daripada Islam yang sebenar.

Konflik ini sebenarnya terjadi akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Islam. Isu ini wajar diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin bagi menghalang prognosis yang lebih parah. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjanglah rentetan persoalannya. Atas kesedaran dan keprihatinan inilah kami pelajar lepasan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemurnian Ilmu Islam bagi menjelas, memahamkan dan membuka pemikiran masyarakat berkaitan permasalahan yang berlaku samada dari kacamata keagamaan, kesejarahan, ketetapan undang-undang dan semangat perlembagaan.

Wallahu A'lam.


TEMA

"Pemurnian Ilmu Islam"

Tema di atas akan dibahaskan dalam beberapa sub bidang seperti berikut :

  • 1) "Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Satu Penilaian" oleh : Dr Johari bin Mat
  • 2) "Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Punca" oleh : Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman
  • 3) "Konsep Tajdid Dalam Islam" oleh : Dr Berhanundin bin Abdullah
  • 4) "Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah" oleh : Dr Basri bin Ibrahim
  • 5) Antara Toleransi Dan Taksub



KUMPULAN SASARAN

Seminar ini TERBUKA kepada semua lapisan masyarakat dan kami menjemput para ulama, cendikiawan, pegawai-pegawai agama, wakil-wakil NGO, pertubuhan gerakan Islam, wakil-wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan serta orang perseorangan.

    0 comments:

    Post a Comment