rss
email
twitter
facebook

Tuesday, May 18, 2010

MAKLUMAN PENTING

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Makluman Kepada Semua, 
SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM SEMASA 
terpaksa ditundakan diatas 
beberapa halangan yang dihadapi. 
Pihak Kami Memohon Jutaan Kemaafan 
Kepada Semua Pihak Atas 
Pembatalan Ini.
HARAP MAKLUM.

Monday, May 17, 2010

Perubahan Tempat

Assalamualaikum.
Untuk makluman semua, tempat
Seminar Pemikiran Islam Semasa 2010
telah berubah dan bertukar dari :
 Dewan Kuliah Utama,
Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM )
 ke :
 Dewan Sri Kenanga,
Terengganu Equestrian Resort ( TER ),
Kuala Ibai, Kuala Terengganu. 

Kami pihak penganjur seminar memohon jutaan kemaafan atas perubahan tempat
ini atas kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sekian. Harap Maklum.

Wednesday, April 14, 2010

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM SEMASA 2010




Tarikh :
22 Mei 2010 ( Sabtu )

Masa :
8.00am - 11.30pm

Tempat :
Dewan Sri Kenanga,
Terengganu Equestrian Resort (TER),
Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Yuran :
RM 30 sahaja (Makanan dan Beg Seminar Disediakan)

Untuk pendaftaran, sila hubungi :
Tel : 014-507 6559, 019-985 7492
E-mail : spis_2010@yahoo.com


Penceramah :

DR JOHARI BIN MAT
( Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Satu Penilaian )

DR ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN
( Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Punca )

DR BERHANUNDIN BIN ABDULLAH
( Konsep Tajdid Dalam Islam )

DR BASRI BIN IBRAHIM
( Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah )

Dianjurkan oleh :
Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu ( AMTA )
dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )
Institut Al-Quran Terengganu

Tuesday, April 6, 2010

Muqaddimah



ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."

Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kekhilafan yang berlaku sering dijadikan polemik di dalam masyarakat umum semata-mata untuk menegakkan hujjah masing-masing. Kita mengakui bahawa sesungguhnya kekhilafan yang berlaku itu hampir tidak mampu dihalang. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghala ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup untuk meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method (cara), jurang usia, perbezaan uruf (suasana), perbezaan kefahaman dan maslahah (kepentingan) dari kalangan ilmuan untuk menterjemahkan ilmu ke dalam masyarakat turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf ini. Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

Islam adalah satu agama yang syumul, yang terkandung di dalamnya undang-undang yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai yang telah dibuktikan oleh sejarah pemerintahan Islam itu sendiri. Sebenarnya selama ini kerukunan hidup yang tertonjol dalam masyarakat ini banyak ditandai dengan adanya sikap menghargai keramahan umat Islam di samping wujudnya rasa hormat terhadap kedudukan sesorang tokoh sekaligus kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan, ketamadunan dan kedudukan agama Islam itu sendiri. Hal ini jelas sepertimana hadis Nabi Sollallahu A’laihi Wasallam yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

Bagaimanapun akhir-akhir ini terjadi ketegangan di sekitar isu khilafiah (yakni furu’ semata-mata) apabila sesebuah pihak terlampau taksub kepada sesuatu pendapat semata-mata sehingga bertindak menjatuhkan dan meremehkan pendapat yang bertentangan dengan pendapat mereka, bahkan lebih teruk lagi apabila mereka sanggup menghukum pendapat yang bertentangan itu “sesat” dan jauh menyimpang daripada Islam yang sebenar.

Konflik ini sebenarnya terjadi akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Islam. Isu ini wajar diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin bagi menghalang prognosis yang lebih parah. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjanglah rentetan persoalannya. Atas kesedaran dan keprihatinan inilah kami pelajar lepasan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemurnian Ilmu Islam bagi menjelas, memahamkan dan membuka pemikiran masyarakat berkaitan permasalahan yang berlaku samada dari kacamata keagamaan, kesejarahan, ketetapan undang-undang dan semangat perlembagaan.

Wallahu A'lam.


TEMA

"Pemurnian Ilmu Islam"

Tema di atas akan dibahaskan dalam beberapa sub bidang seperti berikut :

  • 1) "Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Satu Penilaian" oleh : Dr Johari bin Mat
  • 2) "Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Punca" oleh : Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman
  • 3) "Konsep Tajdid Dalam Islam" oleh : Dr Berhanundin bin Abdullah
  • 4) "Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah" oleh : Dr Basri bin Ibrahim
  • 5) Antara Toleransi Dan Taksub



KUMPULAN SASARAN

Seminar ini TERBUKA kepada semua lapisan masyarakat dan kami menjemput para ulama, cendikiawan, pegawai-pegawai agama, wakil-wakil NGO, pertubuhan gerakan Islam, wakil-wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan serta orang perseorangan.

    Tentatif Program


                    08.00 - 09.00 PG :             Pendaftaran Peserta
                    09.00 - 09.30 PG :             Ucapan Aluan & Perasmian
                                                            Ustaz Sahari  Anuar  bin Ahmad
                                                            Penasihat  Seminar Pemikiran Islam merangkap
                                                            Pengerusi AMTA

                    09.30 - 11.00 PG :             Slot 1 :
                                                            Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Satu Penilaian
                                                            Oleh : Dr Johari bin Mat
                                                            Ketua Eksekutif
             Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS )

                    11.00 - 11.15 PG :             Minum Pagi

                    11.15 - 12.45 PG :             Slot 2 :
                                                            Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan
                                                            Punca                                                                                                                                            Oleh : Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman
                                                            Musyrif
             Pondok Sungai Durian, Kelantan

         12.45 - 02.00 TGH :          Makan Tengahari / Solat Zohor

         02.00 - 03.30 PTG :          Slot 3 :
                                                            Konsep Tajdid Dalam Islam
                                                            Oleh : Dr Berhanundin bin Abdullah
                                                            Pensyarah
             Universiti Darul Iman ( UDM )                                                

                     03.15 - 04.45 PTG :          Slot 4 :
                                                            Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah
                                                            Oleh : Dr Basri bin Ibrahim al-Azhari
                                                            Pensyarah
             Universiti Darul Iman ( UDM )  
                                                
         04.45 - 05.00 PTG :          Minum Petang / Bersurai


                     09.30 - 11.30 MLM :         Forum Perdana
                                                            Sempena Seminar Pemikiran Islam Semasa ( SPIS )
                                                            Tajuk : Antara Toleransi Dan Taksub
             Ahli Panel :
    1)  Dr Johari bin Mat
    Ketua Eksekutif KIAS
    2)  Dr Abdul Basit bin Abd Rahman
    Musyrif Pondok Sungai Durian
    3)  Dr  Basri bin Ibrahim al-Azhari
    Pensyarah UDM

             Moderator :
                    Ustaz Sahari  Anuar  bin Ahmad              
                                                                   Penasihat  Seminar Pemikiran Islam merangkap
                                                                   Pengerusi AMTA

    Peringatan

    TARIKH-TARIKH PENTING

    • Penghantaran abstrak : DITUTUP
    • Maklumat abstrak diterima untuk dibuat kertas kerja pada 4 April 2010.
    • Penyerahan kertas kerja lengkap dalam bentuk hard copy pada 2 Mei 2010.
    • Makluman kepada penulis bahawa kertas kerja boleh dibentang pada 22 Mei 2010.


    BAHASA PENGANTAR

    Seminar ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimana pun, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab diterima untuk pembentangan dan kertas kerja sisipan.

      Sunday, March 28, 2010

      Biodata Penceramah


      Pengenalan Diri
      Nama             : Abdul Basit Bin Hj Abdul Rahman
      Gelaran          : Abu Anas Madani
      Tempat Lahir  : Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan

      Sejarah Pendidikan
      1. Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
      2. BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
      3. MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
      4. Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah

      Keluarga
      Ummu Anas Madani(isteri)
      LLB (Hons) UIA
      Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
      (Pusat Bahasa Arab) Madinah

      Putera-puteri
      1. Anas Madani     (1 Jun 1998)
      2. ‘Amir Madani    (3 Oktober 1999)
      3. ‘Asim Usamah   (26 September 2001)
      4. As‘ad Madani    (23 Mac 2003)
      5. Iffah                 (05 Oktober 2007 - 23 Ramadhan 1428H)

      Jawatan
      1) Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
      2) Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H.
      3) Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
      4) Pembimbing Kepada Jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd.
      5) AJK Perkim Negeri Kelantan (2008-2010).
      6) Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”.
      7) Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Warisan”.
      8) Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR.
      9) Disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.

      Pengalaman
      Pendakwah & pembimbing pada musim haji di Makkah dan Madinah, bertugas sebagai guru agama kepada pakej Dar Al-Eiman yang mengendalikan pakej VIP Tabung Haji serta lain-lain pakej. Pernah menjadi ahli panel Forum “Al-Kulliyyah” TV3 (di Makkah) serta program “Jejak Rasul” (di Madinah).

      Hasil Pena:

      a) Bahasa Arab:

      1- فقه أبي سعيد الإصطخري الشافعي (المتوفي 328هـ) رسالة الدكتوراه.
      Fiqh Abi Said Al-Istakhri Asy-Syafei (Tesis Ph.D)
      2- تحقيق جزء من كتاب:” المطلب العالي في شرح وسيط الغزالي”
      لابن الرفعة (710هـ) رسالة الماجستير.
      Tahqiq sebahagian daripada kitab: “ Al-Matlab Al-Aali
      Fi Sarh Al-Wasit Al-Ghazali”, karangan Ibnu Rif’ah.
      (Tesis M.A)
      3- ما يجب بفعله أو تركه دم في الحج.
      Perkara-perkara yang diwajibkan dam apabila dilakukan atau
      ditinggalkan ketika haji.
      4- بيت المال: تاريخه ونظامه.
      Baitul-Mal: Sejarah dan perundangannya.

      b) Bahasa Malaysia:

      [Sudah Terbit]
      1- Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah. (Cetakan Telaga Biru 2008)
      [ http://www.telagabiru.net.my/index/index.php ]
      2- Madinah Munawwarah; Kelebihan & Sejarah.
      3- Perisai Muslim. Zikir & Doa dari Al-Quran dan Hadis (Rumi)
      (Telah diterbitkan oleh: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan -JAHEAIK).
      Edisi Jawi, Terbitan Telaga Biru 2008. / Edisi Rumi, Telaga Biru 2009.
      4- Rukun Iman.
      5- Rukun Islam.
      6- Zikir Waktu Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat (Jawi - Rumi. Telaga Biru)
      7- Islam Agama yang sempurna. (Telaga Biru).
      8- Hijrah Rasulullah SAW. Sejarah & Pengajaran. (JAHEAIK) 2008.

      [Dalam proses pencetakan, insya'Allah]
      8- Keindahan Islam.
      9- Tiga Asas Agama.
      10- Pengenalan Ringkas Mengenai Islam.
      11- Haji; Kelebihan, Sejarah dan Hikmah.
      12- Panduan Umrah.

      Kertas Kerja:
      1. Solat Nabi SAW Zahir dan Batin. (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan –JAHEAIK, 2007).
      2. Amal Ma’ruf Nahi Munkar (Penglibatan Semua Pihak). (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan –JAHEAIK, 2007).
      3. Panduan Bersuci (At-Toharah) & Solat Untuk Pesakit. (Anjuran: Hospital Raja Perempuan Zainab2, Kota Bharu & JAHEAIK, 2007).
      4. Ibadah Haji Masyarakat Nusantara: Antara Nas dan Tanggapan Umum. (Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Perlis, 2007).
      5. Disiplin Ilmu As-Sunnah: Suatu Pengenalan. (Anjuran: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, 2008).
      6. Bagaimana Menangani Masalah Khilafiah. (Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK, 2008).
      7. Menjana Kekuatan Bersama Memantapkan Kepimpinan Masyarakat. (Anjuran: Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan, 2008).
      8. Pendidikan Islam Tradisional: Relevensi dengan Keperluan Semasa. (Anjuran: Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM, Shah Alam 2009).
      9. Perkembangan Fiqh Islam Masa Kini. (Anjuran: Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 2009).
      10. Maqasid Al-Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara. (Anjuran: Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) & JAHAEIK 13-07-2009).

      Kitab-kitab yang telah diajar:
      (Terdapat dalam bentuk rakaman):
      1- Munyah al-Musalli. Karangan Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 31 siri (Tahqiq dan Rakaman MP3).
      2- Al-Bahjah Al-Mardhiyyah, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 3 siri (MP3).
      3- Kitab Muqaddimah Bughyah At-Tullab, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. Bab Kelebihan Ilmu. (Tahqiq).
      4- Kitab al-Fiqh al-Manhaji , Feqah Mazhab Syafie, Jilid 1. 54 Siri (MP3 dan Video).
      5- Kitab Hidayah as-Salikin, Syeikh Abdul Samad al-Falembani. 48 Siri (MP3 dan Video).
      6- Kitab Mestika Hadis, Sheikh Abdullah Basmeih, Jilid 2 (Solat). 68 siri (MP3).
      7- Bidayah al-Suul, Sultan Ulama’, Izzuddin Bin Abdul Salam. 4 siri (Mp3).

      *sumber :http://www.abuanasmadani.com/